collections khutbah Peranan Ayah Dalam Pembentukan Peribadi Seorang Anak
Peranan Ayah Dalam Pembentukan Peribadi Seorang Anak

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Jumaat

1 September 2023 / 15 Safar 1445H


Peranan Ayah Dalam Pembentukan Peribadi Seorang Anak

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah (s.w.t) dengan sebenar-benar ketakwaan. Iaitu dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Semoga dengan ketakwaan ini kita menjadi insan yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Muslimin yang dikasihi Allah sekalian,

Rasulullah (s.a.w) bersabda, 

لَأَنْ يُؤَدِّبَ الرَّجُلُ وَلَدَهُ خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَتَصَدَّقَ بِصَاعٍ  

Yang bermaksud, Seorang lelaki yang mendidik anaknya lebih baik daripada bersedekah dengan segantang barang” [Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi]

Saudaraku, hadis ini pada hemat saya bukan sahaja mengandungi fadilat serta kelebihan mendidik anak atas perbuatan bersedekah. Akan tetapi, hadis ini sebenarnya mengandungi panduan bagi individu yang bergelar seorang ayah. 

Jika kita perhatikan hadis tersebut, Baginda (s.a.w) secara khusus menyandarkan perbuatan mendidik anak kepada seorang ayah. Ini secara tidak langsung mengingatkan kita bahawa merupakan tanggungjawab terpenting buat seorang ayah adalah dalam mendidik anaknya.

Bahkan bukan sahaja dalam aspek mendidik dan meluangkan masa sahaja, bahkan seorang ayah perlu menjadikan rumah sebagai sekolah pertama buat anak-anak kita. Ini adalah supaya anak-anak kita dapat pendedahan kepada nilai-nilai keagamaan seawal usia muda. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Perhatikan kisah Luqman Al-Hakim yang diceritakan dalam Al-Quran. Beliau sangat prihatin akan agama dan keperibadian anaknya. Beliau mendidik, menasihati serta mengajar anaknya untuk menjaga agamanya, akhlaknya dan juga untuk terus bersabar dalam mengharungi ujian kehidupan.

Allah (s.w.t) berfirman: 


Yang bermaksud: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta cegahlah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah di antara perkara-perkara yang perlu diambil berat.”

Ambillah pelajaran daripada kisah Luqman ini. Bagaimana dia sangat prihatin dengan pendidikan serta pembentukan anaknya. Walaupun tegas dalam mendidik namun ia tetap dipenuhi dengan perasaan kasih sayang. 

Saudaraku,

Peranan kita sebagai seorang ayah bukan sekadar mencari nafkah semata-mata. Bahkan, seorang ayah seharusnya melibatkan diri dalam pembesaran anak-anak kita.

Biarpun jadual seharian kita padat dengan pekerjaan. Jadikan rutin kita setelah pulang ke rumah nanti. Untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Makan bersama, ataupun sekadar duduk bersama bercerita tentang kejadian seharian. 

Pastikan gangguan seperti telefon bimbit dan sebagainya dimatikan sementara. Kerana itulah masa yang telah kita khususkan untuk diluangkan bersama ahli keluarga kita. Maka hargailah masa itu dan ambil peluang itu untuk memupuk hubungan yang lebih erat. Kerana dengan eratnya hubungan kita, lebih mudah untuk anak-anak menerima nasihat serta pengajaran daripada kita.

Semoga Allah (s.w.t) memberkati masa kita. Supaya dapat kita meluangkannya bersama keluarga kita dalam melakukan kebaikan dan kebajikan bersama dalam mencari keredaan-Nya. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

أَقُوْلُ قَوْلِي هَذَا وَ أَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِي وَ لَكُمْ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُوْرُ الرَّحِيْم

 

 

 

 

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَرَ، وَأَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، اِتَّقُوا اللهَ تَعَالَى فِيمَا أَمَرَ، وَانتَهُوا عَمَّا نَهَاكُم عَنْهُ وَزَجَرَ.

أَلَا صَلُّوا وَسَلِّمُوا عَلَى النَّبِيِّ الْمُصْطَفَى، فَقَدْ أَمَرَنَا اللهُ بِذَلِكَ حَيْثُ قَال فِي كِتَابِهِ العَزِيزِ: إِنَّ اللهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَـا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا تَسلِيمًا. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.

وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ المَهْدِيِّينَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ، وَعَن بَقِيَّةِ الصَّحَابَةِ وَالقَرَابَةِ وَالتَّابِعِينَ، وَتَابِعِي التَّابِعِينَ، وَعَنَّا مَعَهُم وَفِيهِم بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلمُؤْمِنِينَ وَالمُؤْمِنَاتِ، وَالمُسْلِمِينَ وَالمُسْلِمَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنهُم وَالأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا البَلَاءَ وَالوَبَاءَ وَالزَّلَازِلَ وَالمِحَنَ، مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ، عَن بَلَدِنَا خَاصَّةً، وَسَائِرِ البُلْدَانِ عَامَّةً، يَارَبَّ العَالَمِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنيَا حَسَنَةً، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. 

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي القُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنكَرِ وَالبَغْيِ، يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ، فَاذكُرُوا اللهَ العَظِيمَ يَذْكُركُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدكُمْ، وَاسْأَلُوهُ مِن فَضلِهِ يُعطِكُم، وَلَذِكرُ اللهِ أَكبَرُ، وَاللهُ  يَعلَمُ مَا تَصنَعُونَ.