Takbir Hari Raya sangat dekat di hati masyarakat Islam kita dengan melodinya yang sentimental seperti yang dibacakan oleh masyarakat Melayu kita. Ia berjaya mengabadikan saat kemenangan yang tulus dan manis setelah sebulan berpuasa dan berusaha untuk menjadi versi diri kita yang terbaik.
Takbir pada dasarnya adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud menyatakan kebesaran Allah s.w.t. Setiap hari, kita bersaksi dan menyatakan kebesaran Allah dalam 5 Solat Fardhu harian kita. Pada Hari Raya Aidilfitri, adalah sebahagian daripada Sunnah untuk membaca Takbir dalam meraikan Aidilfitri. Ia untuk menyatakan kesyukuran kita terhadap Allah s.w.t. yang telah memberi kita nikmat bulan suci Ramadan.
Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran, dalam ayat yang menerangkan mengenai bulan Ramadan:
وَلِتُكمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلىٰ ما هَداكُم وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ
“Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (berpuasa pada bulan Ramadan) dan mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah, 2:185)
Walaupun kita tidak semua yang berpeluang untuk membaca Takbir bersama-sama di masjid-masjid, kita masih boleh membacanya di rumah sendiri. Kaum lelaki dan wanita boleh membaca Takbir dan memeriahkan sambutan Hari Raya dengan mengisytiharkan kebesaran Allah s.w.t.
Nantikan Takbir secara langsung di laman Muslim Sg Facebook page untuk membacanya bersama-sama sebagai satu masyarakat pada malam Aidilfitri, 12 Mei, in sya Allah.
Dalam artikel ini, kita telah menyediakan panduan untuk membaca Takbir:
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ
Allāhu Akbar، Allāhu Akbar, Allāhu Akbar
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Lā ilāha illallāhu wallāhu Akbar، Allāhu Akbar walillāhil hamd’
(dibaca sebanyak 3 kali)
________
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ
Allāhu Akbar، Allāhu Akbar, Allāhu Akbar
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allāhu Akbar kabirā, Walhamdulillāhi kathīrā، Wasubhānallāhi bukratan wa aṣīlā
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ ، وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Lā ilāha illallāhu، walā na’budu illā iyyāhu mukhliṣīna lahuddīn, Walau karihal kāfirūn
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ
Lā ilāha illallāhu wahdah, ṣadaqa wa’dah، wanaṣara ‘abdah
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
wa a’azza jundahu، wahazam-al ahzāba wahdah
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Lā ilāha illallāhu wallāhu Akbar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allāhu Akbar walillāhil hamd
Buku-buku Fiqh terdahulu seperti Hasyiyah Al-Bajuri juga telah menyatakan bahawa membaca Selawat selepas Takbir adalah Sunnah (digalakkan):
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى أَصحَابِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى أَزْوَاجِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَعَلَى ذُرِّيَّةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَسلِّمْ تَسلِيمًا كَثِيرًا
Allāhumma ṣolli ‘ala sayyidinā Muhammad, Wa ‘ala āly sayyidinā Muhammad, Wa ‘ala ashabi sayyidinā Muhammad, Wa ‘ala azwāji sayyidinā Muhammad, Wa ‘ala zurriyati sayyidinā Muhammad, Wa sallim tasliman kathira
Tempoh untuk membaca Takbir bermula dari masuknya waktu Maghrib sehingga selesai Solat Sunnah Aidilfitri pada hari berikutnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masa dan cara melaksanakan Solat Aidilfitri, anda boleh rujuk kepada artikel ini.
Oleh itu, anda boleh membaca Takbir pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut, walaupun selepas Solat Isyak, menurut Imam An-Nawawi dalam bukunya Al-Azkar.
Anda boleh membacanya secara bersendirian atau bersama ahli keluarga yang tinggal serumah. Anda juga boleh melakukan Takbir melalui zoom bersama ahli keluarga yang lain, sanak-saudara dan sahabat handai.
Semoga artikel yang ringkas mengenai cara mengisytiharkan Takbir Raya ini bermanfaat. Semoga Allah s.w.t. memberi kita kemenangan yang sejati dalam menyambut Aidilfitri.
Dan Allah Maha Mengetahui.