5 Keutamaan Solat Berjemaah dalam Islam

by Muslim.Sg 2020-04-22 • 7 min read
Muslim.Sg is a one-stop online media platform that aims to inspire and empower millennial Muslims with powerful and engaging Islamic religious content.
2020-04-22 • 7 min read

Keutamaan Solat Berjemaah dalam Islam

Keutamaan, Solat, Berjemaah,

Segala puji bagi Allah.

Salah satu aktiviti yang kita alu-alukan setiap Ramadhan ialah Solat Terawih seharian. Ramai diantara kita akan mengambil peluang pada bulan Ramadhan yang mulia ini untuk pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Terawih secara berjemaah. 

Alhamdulillah tahun ini,  masjid-masjid telah mula dibuka dan memberi ruang dan peluang pada para jemaah untuk solat secara berjemaah meskipun dengan slot yang terhad. Rasulullah s.a.w. mengajar kita bahawa kita boleh solat di rumah dan melakukannya bersama orang-orang yang kita sayangi. Kita boleh terus memeriahkan semangat Ramadhan di rumah dengan menunaikan Solat Terawih dan solat-solat yang lain bersama ahli keluarga kita. Untuk mengetahui langkah-langkah menunaikan solat secara berjemaah boleh merujuk ke artikel berikut Cara Melaksanakan Solat Terawih Di Rumah - Panduan Langkah demi Langkah

Berikut adalah 5 manfaat solat secara berjemaah:

Keutamaan Solat Berjemaah

1. 27 Kali Lebih Pahala Daripada Menunaikan Solat Secara Individu  

Kelebihan, Solat, Berjemaah, Pahala

 

‏صلاة الجماعة أفضل من صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة‏

“Solat berjemaah dua puluh tujuh kali lebih banyak pahala daripada solat secara individu.” 

(Sahih Al-Bukhari and Muslim)1

Apabila kita meneliti sejarah kehidupan Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya r.a, kita pasti akan dapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tidak pernah meninggalkan Solat Fardu secara berjamaah di masjid. Mereka akan solat secara berjemaah kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan mereka untuk melakukannya seperti ketika adanya wabak, hujan lebat atau ketika solat berjemaah di masjid terlalu merbahaya atau terlalu menyusahkan. Dalam hal-hal tersebut, barulah mereka tidak solat berjemaah.

2. Mendapat Keredhaan Allah

Keutamaan, Solat, Berjemaah, Pahala

وَإِنَّ صَلاَةَ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ وَحْدَهُ وَصَلاَتُهُ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلاَتِهِ مَعَ الرَّجُلِ, وَمَا كَثُرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى

"Solat seorang lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih suci daripada solatnya yang dilakukan secara individu, dan solatnya bersama dua orang lelaki lebih suci daripada solatnya bersama hanya satu lelaki, dan bilangan yang lebih bertambah lagi lebih menyenangkan bagi Allah, Yang Maha Kuasa."

(Sunan Abu Dawud)3

3. Pelindungan dari Syaitan (Iblis)

Kelebihan, Solat, Berjemaah

‏"ما من ثلاثة في قرية ولا بدو لا تقام فيهم الصلاة إلا قد استحوذ عليهم الشيطان‏.‏ فعليكم بالجماعة، فإنما يأكل الذئب من الغنم القاصية‏".‏

“Jika tiga orang di sebuah desa atau di padang pasir tidak melakukan Solat secara berjemaah, Syaitan pasti telah mengatasi mereka. Oleh itu, solatlah secara berjemaah, kerana seekor serigala makan seekor domba yang tinggal jauh dari kawanannya. "

(Sunan Abu Dawud)4

4. Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ikatan perkahwinan

Solat, berjemaah, mengeeratkan, ukhuwwah, kebaikan, solat, berjemaah, keluarga

Allah s.w.t. menekankan kepentingan menjaga solat kita. Di pertengahan ayat-ayat dalam surah Al-Baqarah mengenai hubungan kekeluargaan dan urusan perkahwinan (iaitu ayat 223-242), Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah:

حافِظوا عَلَى الصَّلَواتِ وَالصَّلاةِ الوُسطىٰ وَقوموا لِلَّهِ قانِتينَ

“Peliharalah (kebiasaan) Solat kamu, terutama Solat Yang Di Tengah; dan berdirilah di hadapan Allah dengan penuh ketaatan (keadaan mental).”

(Surah Al-Baqarah, 2:238)

Sheikh Dr WahbahAz-Zuhaili5 berpendapat bahawa salah satu sebab mengapa Allah s.w.t. menyebut tentang penjagaan solat kita di pertengahan ayat-ayat yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah kerana hakikat yang penting bahawa Solat dapat melindungi anggota keluarga seperti suami dan isteri daripada mempunyai fikiran yang tidak baik tentang satu sama lain, dan melindungi mereka daripada segala bentuk kejahatan, dan bisikan-bisikan Syaitan. Jika mereka tidak berhati-hati, ini boleh menyebabkan adanya perselisihan dalam hubungan kekeluargaan dan ikatan perkahwinan.

Solat secara berjemaah bersama ahli keluarga dapat melindungi mereka daripada bisikan Syaitan. Solat berjemaah juga mengeratkan hubungan kekeluargaan kerana selalunya kita akan bersalam-salam antara satu sama lain selepas setiap solat dan ini dapat memadamkan api permusuhan dan kebencian yang mungkin telah terpendam, dan mengisi hati-hati kita dengan rahmat dan ihsan antara satu sama lain.

Bayangkan jika kita terus melaksanakan solat berjemaah seharian bersama-sama. Kita bukan sahaja diberikan ganjaran yang banyak oleh Allah s.w.t. Bahkan kita juga dapat memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan menghindarkan diri kita dari bisikan Syaitan, Insya’Allah.

5. Pahala sepanjang Solat yang dilakukan oleh mereka yang solat berjemaah

Pahala, keutamaan, solat, berjemaah

Menurut Sheikh Daud Al-Fathani5 ketika solat secara individu, pahala solat akan hanya diberikan untuk bahagian-bahagian yang khusyu’  (hadir dan fokus dalam Solat).

Namun, pahala penuh akan diberikan kepada mereka yang solat secara berjemaah walaupun sukar bagi mereka untuk tetap ‘khusyu’ sepanjang solat.

Marilah kita mengambil peluang pada bulan Ramadhan yang diberkati ini untuk memakmurkan rumah kita dengan melaksanakan solat berjemaah bersama orang-orang yang kita sayangi. Rumah yang dimakmurkan dengan solat adalah rumah yang diberkati Insya'Allah.

Rujukan:

 1Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawy, 676H. Riyadh As-Solihin, Book 9, The Book of Virtues, Hadith 1064

2Abu Al-Mawahib Abdul Wahhab Bin Ahmad Al-Sya’rani, 973H. Al-Minah As-Saniah Ala Al-Wasiyyati Al-Mabtuliyyah. Beirut; Dar Al-Kotob Al-Ilmiyah.

3Abu Dawud Sulayman Bin Ash`ath Al-Azadi Al-Sijistani, 276H. Sunan Abi Dawud, Book 2, The Book of Solah, Hadith 554

ibid. Book 9, The Book of Virtues, Hadith 1070

5Wahbah Mustafa al-Zuhayli, 1435H. Tafsir Al-Munir, Volume 1, pg 763-767. Syria; Dar Al-Fikr.

6Daud Abdullah Al-Fathani, 1265H. Munyatul Musalli, pg 122. Malaysia; Telaga Biru Publication.

Topics
All COVID-19 Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Family Ramadan Halal Malay Wakaf Addressing Misconceptions Travel-new
Join our mailing list
SUBSCRIBE