Puasa 6 Hari Selepas Ramadhan: 3 Perkara Yang Harus Anda Ketahui

by Ustaz Irwan Hadi Mohd Suhaimy 2021-05-14 • 4 min read
Member of the Asatizah Youth Network (AYN)
2021-05-14 • 4 min read

Puasa 6 Hari Selepas Ramadhan: 3 Perkara Yang Harus Anda Ketahui

kelebihan, puasa enam, niat, puasa enam, syawal, puasa, ganti, serentak

Segala puji bagi Allah.

Dalam kita menyambut Aidilfitri dan meraikannya, terdapat satu puasa sunat yang hanya ada pada bulan ini dan kita tidak boleh melepaskannya - ia adalah puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Puasa di bulan Ramadan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal adalah seperti puasa yang berterusan."

[Hadis dari Imam Muslim]

1. Puasa 6 hari di bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun.

Para 'Ulama' telah menjelaskan bahawa ganjaran sesuatu amalan digandakan dengan sekurang-kurangnya sepuluh kali ganda. Berdasarkan pernyataan ini, puasa di bulan Ramadan selama tiga puluh hari setara dengan puasa selama tiga ratus hari, dan enam hari di bulan Syawal pula setara dengan puasa selama enam puluh hari. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan perkara ini dengan jelas:

“Puasa Ramadan adalah seperti puasa selama sepuluh bulan, dan puasa enam hari [di bulan Syawal] adalah seperti puasa selama dua bulan. Itu adalah seperti puasa setahun penuh.”

[Hadith dari Ahmad & Nasai]

2. Digalakkan untuk puasa berturut-turut di bulan Syawal 

Umat Islam digalakkan untuk puasa enam hari di bulan Syawal secara berturut-turut kerana ia memberikan pahala yang lebih banyak dan terdapat kebaikan di dalamnya. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dan lain-lain melaporkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

 "Puasa enam hari berturut-turut selepas Eidulfitri adalah seperti puasa sepanjang tahun."

Namun, jika seseorang tidak dapat melakukannya, puasa enam hari tersebut walaupun tidak berturut-turut masih dikira selama berada dalam bulan Syawal.

3. Dibolehkan untuk menggabungkan puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan dan puasa sunat enam hari di bulan Syawal

Menggabungkan niat untuk melakukan puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan dan puasa sunat enam hari Syawal adalah sah walaupun melakukan kedua-duanya secara berasingan mempunyai pahala yang lebih besar. Ini seperti yang disebutkan oleh Al-Hafidz As-Suyuthi dalam Al-Asybah wa al-Nadhair, di mana dia menyebutnya dari pandangan al-Bariziy. Namun, anda harus berniat untuk membayar puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan sebagai tujuan utama puasa anda dan puasa sunat enam hari di bulan Syawal hanyalah niat atau tujuan tambahan . 

Dengan sebab inilah Imam Ar-Ramli dalam bukunya Nihayatul Minhaj ila Syarh al-Minhaj menyatakan bahawa walaupun dibolehkan untuk menggabungkan kedua-dua puasa, misalnya, puasa yang ditinggalkan di bulan Ramadan dan puasa enam hari di bulan Syawal, pahala bagi melakukan kedua-duanya secara berasingan lebih banyak.

Para 'Ulama' seperti Syeikh Ali Gom'ah pula berpendapat bahawa hadis tentang puasa enam hari di bulan Syawal adalah umum dan selama anda puasa 6 hari di bulan Syawal, sama ada tujuan utamanya adalah untuk membayar puasa yang ditinggalkan atau puasa sunat yang lain, anda telah memperoleh pahala puasa enam hari Syawal.

Apa pun pendapat yang kita ikuti, kita harus menghormati orang-orang yang mengikuti pendapat yang lain mengenai perkara ini. Apa pun pendapat yang berdasarkan Ijtihad ilmiah mempunyai kebaikan, Insya Allah.

Allah Maha Mengetahui.

 

Subscribe to our newsletter

* indicates required
Topics
All COVID-19 Asnaf Inspiring Muslims Dua Faith Family Ramadan Halal Malay Wakaf Addressing Misconceptions Travel-new
Join our mailing list
SUBSCRIBE