Hubungan kita dengan Allah swt mencorak pemahaman kita mengenai peri penting dalam menghormati pembimbing kita, guru kita.
Ilmu itu penting tetapi perlulah disulami dengan adab yang mulia kerana ia membentuk peribadi kita sebagai seorang penuntut. Dalam kita mengejar kejayaan, mulalah dengan sikap yang merendah diri dan sentiasa merujuk kepada mereka yang sering memberi tunjuk ajar.
Sempena hari guru ini, jom bersama kami mengimbau kenangan manis bersama guru tersayang dan fahami pentingnya melayani guru dengan penuh adab dan hormat.